Skip to main content

Kilasan

KILASAN: LTA arah pengendali MRT utamakan pengumuman di stesen terjejas jika berlaku kelengahan; 80,000 belia Malaysia terjebak dadah antara Jan-Jun 2025, hampir 70% jumlah seluruh 2024; Israel dijangka buka Rafah selepas terima mayat tebusan terakhir

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: LTA arah pengendali MRT utamakan pengumuman di stesen terjejas jika berlaku kelengahan; 80,000 belia Malaysia terjebak dadah antara Jan-Jun 2025, hampir 70% jumlah seluruh 2024; Israel dijangka buka Rafah selepas terima mayat tebusan terakhir
MRT di Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)

3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN

LTA arah pengendali MRT utamakan pengumuman di stesen terjejas jika berlaku kelengahan

MRT di Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)

Para pengendali rel akan mengutamakan "komunikasi di tempat berlaku gangguan" untuk penumpang, terutamanya mereka yang terjejas secara langsung di stesen-stesen, sekiranya berlaku sedikit kelengahan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (3 Dis).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

80,000 belia Malaysia terjebak jenayah dadah antara Jan-Jun 2025, hampir 70% jumlah seluruh 2024

Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail. (Gambar: Bernama)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia mendedahkan seramai 78,674 belia terbabit dalam jenayah penyalahgunaan dadah antara Januari hingga Jun 2025.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Israel rancang buka semula Lintasan Rafah ke Mesir selepas terima mayat dipercayai tebusan terakhir

Anggota kumpulan Jihad Islam dan Hamas membawa beg mayat berwarna putih yang dipercayai mengandungi sisa mayat seorang tebusan, di bandar Beit Lahiya di utara Carikan Gaza, pada 3 Disember 2025. (Gambar: AP/Jehad Alshrafi) 

Israel menerima mayat yang mungkin merupakan salah seorang tebusan terakhir di Gaza pada Rabu (3 Dis) dan berkata ia akan mula membenarkan rakyat Palestin meninggalkan wilayah yang dilanda perang itu melalui lintasan sempadan dengan Mesir.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita