Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Lebih ramai warga emas SG 70 tahun ke atas dapat naik haji tahun depan; MND akan hulur geran sekali sahaja S$1.8 juta kepada 18 Majlis Bandaran; SPRM sita 6 akaun bank milik pegawai kanan Tentera Darat Malaysia bagi bantu siasatan kes rasuah

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: Lebih ramai warga emas SG 70 tahun ke atas dapat naik haji tahun depan; MND akan hulur geran sekali sahaja S$1.8 juta kepada 18 Majlis Bandaran; SPRM sita 6 akaun bank milik pegawai kanan Tentera Darat Malaysia bagi bantu siasatan kes rasuah

Jumlah kuota haji yang diperuntukkan MUIS bagi warga emas 70 tahun ke atas untuk musim haji 2026, naik 5% berbanding tahun ini. (Gambar: @HaramainInfo/X)

Diterbitkan : 29 Dec 2025 07:43PM

3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian

MUIS naikkan peruntukan kuota haji bagi warga emas 70 tahun ke atas; semua jemaah layak sudah daftar pakej haji

Related article image
(Gambar: AFP/FADEL SENNA)

Lebih ramai warga emas berusia 70 tahun ke atas akan dapat menunaikan rukun Islam kelima itu pada musim haji 2026. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperuntukkan sekitar 108 tempat atau 12 peratus daripada kuota yang diberikan oleh kerajaan Saudi untuk golongan tersebut.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Majlis Bandaran akan terima penyesuaian geran S$1.8 juta dari MND susuli percanggahan kiraan agihan

Related article image
Flat HDB di Singapura. (Gambar: CNA/Calvin Oh)

Penyesuaian geran sekali sahaja sebanyak S$1.8 juta akan diagihkan kepada 18 Majlis Bandaran untuk menampung percanggahan yang menjejaskan pengagihan geran dalam tempoh 14 tahun. Penyesuaian ini akan dibuat pada Geran Operasi Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC), menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan media pada Isnin (29 Dis).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Malaysia serbu beberapa firma terkait siasatan rasuah berhubung pemerolehan tentera

Related article image
Bendera Malaysia berkibar di sebuah bangunan di Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2015. (Gambar fail: AFP)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita