KILASAN: Lebih 2,500 flat BTO dengan masa menunggu kurang 3 tahun bakal dilancar bulan ini; MUIS lancar QuranSG dengan 3 inisiatif baharu galak pemahaman dan penghayatan; Hari Selidik Keturunan Melayu: Salasilah keluarga kunci fahami warisan & jati diri
Ilustrasi artis bagi projek BTO Sembawang Brook di Sembawang. (Gambar: HDB)
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Lebih 2,500 flat BTO dengan masa menunggu kurang 3 tahun bakal dilancarkan bulan ini
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan 2,520 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) dengan masa menunggu sekitar tiga tahun atau kurang dalam pelaksanaan jualan BTO Jun yang akan datang.
MUIS lancar QuranSG dengan 3 inisiatif baharu bagi galak pemahaman dan penghayatannya
Sebuah buku bimbingan tadabur Quran diterbitkan secara elektronik oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Darul Tafsir, Masjid Al-Khair. Menurut MUIS, ini merupakan sumber digital yang pertama seumpamanya sebagai bahan rujukan yang mudah difahami untuk Muslim dari pelbagai latar belakang ataupun tahap pemahaman ilmu agama.
Salasilah keluarga kunci fahami warisan turun-temurun
Mengapa sesetengah keluarga mengekalkan amalan, tradisi atau adat tertentu yang mungkin tidak diamalkan keluarga lain? Menurut seorang penyelidik budaya, Cik Nur Fathiah A'bdussamad, banyak amalan dan budaya yang diwarisi sesebuah keluarga sebenarnya “berkait rapat dengan dari mana mereka datang”.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.