KILASAN: Kumpulan aktivis 'sasar & ganggu' Sesi Bertemu Rakyat PAP; Perbezaan pendapat mestilah ditangani dengan hormat, ikhlas demi perubahan positif; Pelbagai tarikan merata SG tawar promosi khas sempena SG60

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam bercakap dengan dua aktivis di luar Sesi Bertemu Rakyat di Chong Pang pada 12 Mac 2025. (Gambar: Facebook/K Shanmugam Sc)
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Kumpulan aktivis 'sasar dan ganggu' Sesi Bertemu Rakyat PAP

Sekumpulan individu telah pergi ke Sesi Bertemu Rakyat Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk dengan "sengaja bersemuka, membuat kacau, cuba melakukan provokasi", kata Encik K Shanmugam, yang pada Khamis (13 Mac) memuat naik rakaman gangguan tersebut yang berlaku sehari sebelum itu di kawasan undinya di Chong Pang.
Perbezaan pendapat mestilah ditangani dengan hormat dan ikhlas untuk bawa perubahan: Sharael Taha

Perbezaan pendapat akan sentiasa wujud dan kita mesti menanganinya dengan penuh hormat, sabar dan komited untuk sama-sama membawa perubahan positif dan menghuraikannya.
Pelbagai tarikan di merata SG akan tawar promosi khas sempena sambutan SG60

Sempena ulang tahun Singapura yang ke-60, anda boleh menjangkakan banyak promosi khas di merata negara ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.