Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Kerencaman budaya antara nilai bersama bezakan SG daripada negara lain: PM Wong; SG lancar inisiatif baharu pemadanan kerja pada Okt; Indonesia akan mansuh keistimewaan berkontroversi, gantung tugas Ahli Parlimen cuai susuli tunjuk perasaan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Aug 2025 07:48PM Dikemas Kini : 31 Aug 2025 09:56PM

3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN

Kerencaman budaya antara nilai bersama bezakan SG daripada negara lain: PM Wong

Gambar fail para pejalan kaki di pusat kewangan Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Perdana Menteri Lawrence Wong berkata kerencaman budaya di Singapura tidak dicapai dengan mudah dan memerlukan komitmen bersama merentasi generasi. Semasa berucap di majlis kewarganegaraan Singapura di kawasan undi beliau, Marsiling-Yew Tee, PM Wong berkata nilai-nilai yang dikongsi bersama membezakan Singapura daripada negara-negara lain dan menyatukan rakyat Singapura.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

SG akan lancar inisiatif baharu pemadanan kerja pada Okt

Inisiatif pemadanan kerja di salah sebuah daripada lima balai rakyat di bahagian barat daya Singapura sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara. (Gambar: Mediacorp)

 Sebuah inisiatif pemadanan kerja, yang akan menghubungkan penduduk kepada peluang pekerjaan dekat dengan rumah mereka, akan dilancarkan di merata Singapura pada Oktober depan. Ia akan dimulakan di lima balai rakyat di bahagian barat daya Singapura sebelum inisiatif itu diperluaskan ke seluruh negara.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Indonesia akan mansuh keistimewaan berkontroversi, gantung tugas Ahli Parlimen cuai susuli tunjuk perasaan

Presiden Indonesia Prabowo Subianto sebelum menyampaikan Amanat Negara menjelang Hari Kemerdekaan di Jakarya pada 15 Ogos 2025. (Gambar fail: Reuters/Ajeng Dinar Ulfiana)

Parti-parti politik Indonesia bersetuju untuk menarik balik beberapa keistimewaan bagi ahli parlimen, kata Presiden Prabowo Subianto pada Ahad (31 Ogos), menyusuli tunjuk perasaan dan rusuhan yang berlaku di seluruh negara Asia Tenggara itu.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita