Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Kapal UAE bawa 7,300 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza tiba di Mesir; Mamdani ambil alih jawatan Datuk Bandar New York; Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan program AS$3.45 bilion bagi 2026

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: Kapal UAE bawa 7,300 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza tiba di Mesir; Mamdani ambil alih jawatan Datuk Bandar New York; Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan program AS$3.45 bilion bagi 2026
Kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. (Gambar fail: Reuters)
Diterbitkan : 01 Jan 2026 07:47PM Dikemas Kini : 01 Jan 2026 07:48PM

3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian

Kapal UAE bawa 7,300 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza tiba di Mesir

Related article image
Trak-trak berisi bantuan kemanusiaan di pelabuhan sementara yang dibina Amerika di Carikan Gaza pada 25 Jun 2024. (Gambar: Leo Correa/AP)

Sebuah kapal Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang membawa 7,300 tan bantuan kemanusiaan untuk Semenanjung Gaza tiba di Pelabuhan El Arish, Mesir, lapor agensi berita Sputnik/RIA Novosti yang menukil kenyataan Kementerian Pertahanan UAE.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Pelantikan Mamdani: Tahun baharu, datuk bandar baharu

Related article image
Zohran Mamdani mengangkat sumpah jawatan sebagai datuk bandar New York di Stesen Old City Hall, New York, di Amerika Syarikat pada 1 Jan 2026. (Gambar: REUTERS/Amir Hamja)

Zohran Mamdani mengangkat sumpah sebagai datuk bandar Bandar New York pada minit-minit pertama tahun baharu di stesen tren bawah tanah City Hall yang bersejarah, bersama isterinya Rama Duwaji berdiri di sisinya.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan program AS$3.45 bilion bagi 2026

Related article image
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres. (Gambar fail: REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa)

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan belanjawan program pertubuhan itu bagi tahun 2026 yang berjumlah AS$3.45 bilion (S$4.44 bilion), pada Selasa (30 Dis) lapor Xinhua.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita