KILASAN: Jualan rumah privet baharu SG pada Feb 2025 catat paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun; Trump tuduh Iran bertanggungjawab atas serangan Houthi; Mesir saran kerah pasukan pengaman PBB ke Gaza, Tebing Barat

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Jualan rumah privet cecah rekod tertinggi dalam 13 tahun pada Feb

Penjualan rumah privet baharu di Singapura mencecah rekod tertinggi dalam 13 tahun untuk bulan Februari.
Trump tuduh Iran bertanggungjawab atas serangan Houthi

Presiden Donald Trump berkata pada Isnin (17 Mac) bahawa beliau akan menganggap Iran bertanggungjawab atas sebarang serangan yang dilakukan oleh kumpulan Houthi, sedang pentadbirannya memperluaskan operasi ketenteraan terbesar Amerika Syarikat di Timur Tengah sejak Encik Trump kembali ke Rumah Putih.
Mesir saran kerah pasukan pengaman PBB ke Gaza, Tebing Barat

Mesir pada Isnin (17 Mac) mengemukakan cadangan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk mempertimbangkan penempatan pasukan pengaman antarabangsa di Tebing Barat dan Carikan Gaza, menurut Anadolu Ajansi (AA).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.