KILASAN: Jawatankuasa menteri akan tangani krisis tenaga, kejutan bekalan akibat perang Timur Tengah: Shanmugam; RTS Link tepati jadual bagi pelancaran pada Jan 2027 meski berdepan tekanan tenaga global; WHO gesa bantuan perubatan segera di Timur Tengah
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam memberikan kemas kini mengenai Jawatankuasa Menteri Krisis Dalam Negeri di Blok 166, Yishun Ring Road pada 4 April 2026. (Gambar: CNA/Ooi Boon Keong)
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Perang Amerika, Israel dan Iran: Jawatankuasa menteri akan tangani krisis tenaga, kejutan bekalan akibat perang Timur Tengah, kata Shanmugam
Jawatankuasa menteri yang ditubuhkan untuk menangani perang berterusan di Timur Tengah akan memberi tumpuan bukan sahaja kepada gangguan tenaga dan kenaikan harga bahan api, malah kejutan bekalan yang lebih luas, isu keselamatan serta diplomasi yang timbul daripada perang tersebut, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam.
RTS Link tepati jadual bagi pelancaran pada Jan 2027 meski berdepan tekanan tenaga global
Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura kekal di landasan untuk pelancaran yang dijadualkan pada Januari 2027 meskipun berdepan tekanan berkaitan tenaga global, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke pada Jumaat (3 Apr), menurut laporan media tempatan.
Perang Amerika, Israel dan Iran: WHO gesa bantuan perubatan segera di Timur Tengah
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata dalam satu hantaran di media sosial pada Jumaat (3 Apr) bahawa bantuan segera diperlukan bagi sistem kesihatan di lima negara di Timur Tengah yang terjejas akibat konflik iaitu Lubnan, Iran, Iraq, Syria dan Jordan, lapor Xinhua.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.