KILASAN: Israel rancang serang Iran selama 3 minggu lagi; Trump ancam 'ambil alih' Cuba susuli sekatan minyak; SG antara 10 negara sokong perdagangan produk, kandungan digital bebas tarif
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Perang Amerika, Israel dan Iran: Israel rancang serang Iran selama 3 minggu lagi
Israel menyatakan pada Isnin (16 Mac) bahawa ia mempunyai rancangan terperinci untuk sekurang-kurangnya tiga minggu lagi perang sedang ia menyerang lokasi-lokasi di seluruh Iran semalam (26 Mac), sementara serangan dron Iran menutup sementara lapangan terbang Dubai dan kemudahan minyak utama di Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Trump ancam 'ambil alih' Cuba susuli sekatan minyak
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berikrar pada Isnin (16 Mac) untuk "mengambil alih" Cuba sedang pulau komunis itu terjerumus ke dalam kegelapan di bawah gangguan bekalan elektrik sepenuhnya yang dikaitkan dengan embargo minyak yang dikenakan oleh Washington.
SG antara 10 negara sokong perdagangan produk digital bebas tarif
Singapura dan sembilan ekonomi lain pada Isnin (16 Mac) menyokong moratorium tetap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang menghalang mana-mana negara daripada mengenakan tarif ke atas transmisi elektronik seperti muat turun perisian, kandungan penstriman dan produk digital lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.