KILASAN: Israel bertindak melampaui batas sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza: PM Wong; SG & Perancis ganding bahu lakar asas aturan global baharu; 2 majlis bandaran baharu ditubuhkan di Jalan Kayu dan Punggol
Perdana Menteri Lawrence Wong berucap semasa sidang media di Bangunan Parlimen pada 30 Mei 2025. (Foto: Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital)
3 BERITA PALING MENDAPAT PERHATIAN:
Israel mungkin langgar undang-undang antarabangsa dengan sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza: PM Wong
Israel mungkin melanggar undang-undang antarabangsa dengan menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jumaat (30 Mei).
SG dan Perancis ganding bahu lakar asas aturan global baharu: PM Wong
Singapura dan Perancis adalah dua negara "saling bersefahaman" yang bekerjasama untuk menggariskan aturan global baharu, dengan aturan lama sudah berubah sejak beberapa dekad lalu, kata Perdana Menteri Lawrence Wong pada Jumaat (30 Mei).
Dua Majlis Bandaran baharu ditubuhkan di Jalan Kayu, Punggol
Dua Majlis Bandaran baharu ditubuhkan di Jalan Kayu dan Punggol berikutan berakhirnya Pilihan Raya Umum 2025. Ini menjadikan jumlah keseluruhan Majlis Bandaran kepada 19, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam satu kenyataan pada Jumaat (30 Mei).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.