KILASAN: Indonesia siasat pemimpin gagal, lambat bertindak susuli banjir besar; PM Anwar sudah kenal pasti calon sesuai isi kekosongan Kabinet; Netanyahu akan bincang fasa kedua pelan Gaza dengan Trump akhir Dis
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Indonesia siasat pemimpin gagal, lambat bertindak susuli banjir besar
Kementerian Dalam Negeri Indonesia (Kemendagri) mengarahkan unit pemeriksa khas bagi meningkatkan pemantauan terhadap pemimpin wilayah di beberapa kawasan Sumatra yang terjejas teruk akibat banjir dan tanah runtuh.
PM Anwar sudah kenal pasti calon sesuai isi kekosongan Kabinet
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan tergesa-gesa dalam mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet.
Netanyahu akan bertemu Trump; beralih ke fasa kedua pelan Gaza
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pada Ahad (7 Dis) beliau akan bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada akhir bulan ini, sambil mengatakan bahawa fasa kedua pelan Gaza yang diusahakan presiden Amerika itu semakin hampir dilaksanakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.