KILASAN : Harga elektrik SG dijangka meningkat dalam beberapa bulan mendatang; Lebih ramai warga SG sokong hukuman mati atas jenayah berat seperti edar dadah; SG akan hulur lebih banyak sokongan pupuk minat Bahasa Ibunda dan AI
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Pemerintah sudah atur pelbagai benteng pertahanan lindungi keselamatan tenaga SG: Tan See Leng
Singapura mempunyai pelbagai benteng pertahanan untuk melindungi keselamatan tenaga negara ini daripada konflik Timur Tengah, tetapi orang ramai harus menjangkakan harga elektrik akan meningkat pada bulan akan datang, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga dan Sains & Teknologi Tan See Leng pada Khamis (12 Mac).
Semakin ramai rakyat SG sokong hukuman mati atas kesalahan edar sejumlah besar dadah: Shanmugam
Satu tinjauan menunjukkan bahawa semakin ramai penduduk di Singapura bersetuju bahawa hukuman mati mandatori adalah sesuai sebagai hukuman kerana mengedar sejumlah besar dadah, menurut Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam pada Khamis (12 Mac).
SG akan hulur lebih banyak sokongan pupuk minat Bahasa Ibunda dan AI
Tumpuan bagi kemahiran dwibahasa dalam kalangan pelajar mahu dipertingkatkan pemerintah kerana bahasa ibunda dianggap penting.Ini sejajar dengan langkah pemerintah untuk menambah peruntukan bagi Jawatankuasa Penggalakan Pembelajaran Bahasa Ibunda (MTLLPC).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.