Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Had pendapatan, kelayakan umur bujang bagi BTO sedang dikaji semula: Chee Hong Tat; SG 'amat bimbang' Israel rancang perluas operasi tentera di Gaza: MFA; Kesalahan pecut di jalan raya cecah bilangan tertinggi pada 2024

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: Had pendapatan, kelayakan umur bujang bagi BTO sedang dikaji semula: Chee Hong Tat; SG 'amat bimbang' Israel rancang perluas operasi tentera di Gaza: MFA; Kesalahan pecut di jalan raya cecah bilangan tertinggi pada 2024

Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat dalam wawancara khas bersama CNA pada 5 Ogos 2025. (Gambar: Mediacorp)

3 BERITA PALING MENDAPAT PERHATIAN

Had pendapatan, umur kelayakan golongan bujang bagi BTO sedang disemak semula: Chee Hong Tat

Related article image
Flat HDB. (Gambar fail: CNA)

Pemerintah Singapura sedang mengkaji semula umur kelayakan untuk golongan bujang beli flat Bina Ikut Tempahan (BTO), serta had pendapatan secara keseluruhan, dengan perubahan kepada dua dasar perumahan awam ini akan dibuat pada “masa yang sesuai”, kata Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

SG 'amat prihatin' Israel rancang perluas operasi ketenteraan di Gaza: MFA

Related article image
Rakyat Palestin mengambil pakej bantuan kemanusiaan dari Amiriyah Arab Bersatu selepas ia digugurkan di Deir al-Balah, di tengah Semenanjung Gaza, pada 9 Ogos 2025. (Gambar fail: AP/Abdel Kareem Hana)

Pemerintah menyatakan pada Ahad (10 Ogos) bahawa ia "sangat bimbang" tentang rancangan Israel untuk meluaskan operasi ketenteraan di Gaza. 

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Kesalahan pecut di jalan raya cecah bilangan tertinggi pada 2024, trend dijangka terus naik

Related article image
Kawasan jambatan jalan raya baharu di Punggol-Seletar. (Gambar: Sun Xueling/Facebook)

Kesalahan memecut di jalan raya mencecah bilangan tertinggi tahun lalu dan trend ini dijangka terus naik. Polis Trafik menyatakan, ada lebih 201,300 kes memandu dengan laju tahun lalu, iaitu lonjakan hampir 73 peratus berbanding tahun 2023.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita