Skip to main content

Iklan

Iklan

Kilasan

KILASAN: Gabungan parti politik diumum sebelum 2.00 petang esok; Ahmad Zahid digesa letak jawatan; China sahkan kematian pertama COVID-19 dalam 6 bulan

Anggaran Waktu Membaca:

3 Berita Paling Mendapat Perhatian:

Agong seru maklumkan gabungan parti politik sebelum pukul 2.00 petang 21 Nov

Istana Negara menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia yang berlangsung pada Sabtu (19 Nov), daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 1.15 petang pada Ahad (20 Nov).
 

KLIK UNTUK BACA BERITA PENUH

Ahmad Zahid dimohon letak jawatan susulan kekalahan teruk BN pada PRU15 M'sia

(Gambar: Agensi berita)

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi pada Ahad (20 Nov) berkata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi perlu meletak jawatan pada kadar segera susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia.

Beliau yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor berkata Encik Ahmad Zahid perlu mengundurkan diri daripada terus memegang jawatan Presiden UMNO demi kepentingan dan masa depan parti.

KLIK UNTUK BACA BERITA PENUH

China sahkan kematian pertama COVID-19 sejak enam bulan lalu

Gambar: AP/Mark Schiefelbein

China mengesahkan kematian akibat COVID-19 buat pertama kali sejak 6 bulan lalu pada Ahad (20 Nov), sedang langkah-langkah baru dilaksanakan di Beijing dan di merata negara untuk membendung penularan baru.

Kematian lelaki dari Beijing yang berumur 87 tahun itu dilaporkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan sejak 26 Mei, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 kepada 5,227. Kematian sebelum ini dilaporkan di Shanghai, yang mengalami lonjakan kes COVID-19 sewaktu musim panas.

KLIK UNTUK BACA BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan