Skip to main content

Kilasan

KILASAN: FITRAH lancar buku panduan kerohanian pertama untuk banduan Muslim; Fluff Bakery buka kafe baharu di Wisma Geylang Serai; Thailand, Kemboja meterai perjanjian gencatan senjata

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: FITRAH lancar buku panduan kerohanian pertama untuk banduan Muslim; Fluff Bakery buka kafe baharu di Wisma Geylang Serai; Thailand, Kemboja meterai perjanjian gencatan senjata
Pelancaran buku panduan pemulihan kerohanian khusus bagi banduan Muslim, 'Kembali Kepada Fitrah'. (Gambar: MUIS)

3 Berita yang Paling Mendapat Perhatian

FITRAH lancar buku panduan kerohanian pertama untuk banduan Muslim

Fitrah

Senaskhah buku panduan pemulihan kerohanian khusus bagi banduan Muslim, dilancarkan pada Sabtu (27 Dis) oleh FITRAH, sebuah program yang memberikan khidmat sokongan pemulihan dan integrasi semula kepada para banduan serta keluarga mereka.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Fluff Bakery buka kafe baharu di Wisma Geylang Serai

Related article image
Logo Big Mouth ā€˜Bakehouse’ (Gambar: Big Mouth Bakehouse/Instagram)

Selepas 13 tahun menjadi antara nama yang cukup dikenali dalam dunia bakeri tempatan, penutupan Fluff Bakery bukanlah satu keputusan yang mudah dibuat. Namun daripada noktah itu, lahir sebuah permulaan baharu - Big Mouth Bakehouse, sebuah bakeri dan kafe yang membawa semangat lama dengan visi yang lebih luas.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Thailand, Kemboja meterai perjanjian gencatan senjata

Related article image
<p>Menteri Pertahanan Thailand Natthaphon Narkphanit (kanan) dan rakan sejawatannya dari Kemboja, Tei Seiha di Mesyuarat Khas ke-3 Jawatankuasa Sempadan Umum Kemboja-Thai pada 27 Dis 2025. (Gambar: Facebook/TheMinistryOfInformation)</p>

Thailand dan Kemboja bersetuju pada Sabtu (27 Dis) untuk menghentikan pertikaian sempadan selama berminggu-minggu, iaitu pertempuran terburuk dalam tempoh beberapa tahun antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu yang melibatkan serangan jet pejuang, tembakan roket berbalas dan serangan artileri.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita