Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Firma farmaseutikal SG mungkin tidak terkesan serta-merta tarif Amerika; Lebih 55% Muslim SG masih belum buat perancangan legasi secara menyeluruh; Wanita hamil bergaji rendah bakal dapat sokongan S$6.5 juta tampung keperluan 3 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Sep 2025 07:54PM Dikemas Kini : 27 Sep 2025 09:44PM

3 BERITA YANG PALING MENDAPAT PERHATIAN

Firma farmaseutikal SG mungkin tidak terkesan serta-merta tarif Amerika

Ahli biokimia memeriksa bioreaktor yang digunakan untuk menghasilkan produk perubatan di sebuah kemudahan di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Banyak syarikat farmaseutikal di Singapura sudah mempunyai rancangan untuk melabur di Amerika Syarikat dan sedang memohon penjelasan daripada pentadbiran Amerika Syarikat sama ada ia akan dikecualikan daripada tarif, kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong pada Sabtu (27 Sep).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Lebih 55% Muslim SG masih belum buat perancangan legasi secara menyeluruh

Acara Perkampungan Perancangan Legasi Islam (ILPV) 2025. (Gambar: Nazirah Jamzuri)

Jumlah anggota masyarakat Melayu/Islam yang sudah membuat penamaan CPF, insurans dan wasiat meningkat lebih seganda berbanding tahun lalu. Ini termasuk mereka yang sudah membuat perancangan bagi legasi mereka dan memberikannya kepada entiti MUIS seperti masjid, madrasah dan wakaf.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Wanita hamil berpendapatan rendah bakal dapat sokongan dana S$6.5 juta tampung keperluan selama 3 tahun

(Gambar: iStock)

Wanita hamil berpendapatan rendah bakal mendapat bantuan dana bernilai S$6.5 juta. Dana itu diperuntukkan untuk menyediakan keperluan penting seperti pemakanan, kesihatan mental dan perancangan kewangan selama tiga tahun.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita