KILASAN: Dewan Perwakilan Amerika undi sekat kuasa Trump lancar perang terhadap Iran; Hospital SG terima sehingga 35% rujukan bagi penilaian keselamatan susuli peraturan baharu PMA; Harga COE Kategori A capai paras tertinggi dalam hampir 8 bulan
Harga minyak merosot manakala saham Asia meningkat pada 25 Mei 2026, didorong harapan bahawa satu perjanjian antara Amerika Syarikat dan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz mungkin dapat dimeterai. (Gambar: AFP)
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Perang Amerika, Israel dan Iran: Dewan Perwakilan Amerika undi hentikan tindakan tentera di Iran
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan ketetapan yang bertujuan menghentikan tindakan ketenteraan Amerika di Iran - satu langkah simbolik yang memberi tamparan politik kepada Presiden Donald Trump ketika usaha mencapai perjanjian dengan Tehran terus menemui jalan buntu.
Hospital SG terima sehingga 35% rujukan bagi penilaian keselamatan susuli peraturan baharu PMA
Para ahli terapi pekerjaan berkata, meskipun pengguna alat bantuan mobiliti peribadi (PMA) berjaya mendapat pensijilan di bawah peraturan baharu, memastikan mereka dapat mengendalikan alat tersebut dengan selamat kekal menjadi cabaran untuk sesetengah mereka.
Harga COE Kategori A capai paras tertinggi dalam hampir 8 bulan pada S$126,009
Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini pada Khamis (4 Jun), dengan harga Kategori A mencapai paras tertinggi dalam hampir lapan bulan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.