KILASAN: Cuti sama rata bagi ibu bapa, majikan SG digalak terap budaya kerja lebih baik; Usaha pastikan tempat kerja selamat akan diteruskan sekalipun selepas Tempoh Keselamatan Dipertingkat tamat; Pengendali tajaka alu-alukan pemasangan CCTV mandatori

Gambar hiasan seorang bayi dan bapa. (Gambar: Laura Garcia/Pexels)
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Cuti sama rata bagi ibu bapa, budaya kerja lebih baik digesa sedang rang undang-undang cuti bapa 4 minggu diluluskan

Cuti bapa bergaji yang diberikan Pemerintah akan digandakan daripada dua kepada empat minggu bagi bapa kepada anak rakyat Singapura yang dilahirkan dari 1 Januari tahun depan.
Usaha pastikan tempat kerja selamat diteruskan sekalipun selepas Tempoh Keselamatan Dipertingkat tamat

Pemerintah menyatakan usaha untuk memastikan tempat kerja selamat tidak akan berhenti, walaupun apabila Tempoh Keselamatan yang Dipertingkatkan (HSP) tamat kelak.
Pengendali tajaka alu-alukan pemasangan CCTV mandatori, sediakan persekitaran sihat untuk guru & kakitangan

Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di pusat prasekolah boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu pihak ibu bapa dan anak-anak mereka mahupun pusat berkenaan dan para kakitangan. Ia juga boleh dijadikan bahan rujukan atau bukti sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.