KILASAN: Bakal jemaah SG buat persiapan, tenang jelang musim haji di tengah perang Timur Tengah; MENDAKI tawar lebih banyak biasiswa bantu penuntut ITE ke politeknik; Depoh Sengkang-Punggol diperluas bagi tampung lebih banyak LRT, senggara lebih cekap
Para bakal jemaah haji turun padang menyertai acara berjalan kaki sejauh 2.4 kilometer selama sejam di Hab Tampines Kita (OTH) pada Ahad (12 Apr), yang disertai Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim. (Gambar: Syazwani Sanep/BERITA Mediacorp)
- Bakal jemaah haji di Singapura kekal tenang menjelang musim haji walaupun krisis Timur Tengah, berkat kemas kini dari ejen pelancongan dan pemerintah.
- MENDAKI mengumumkan lebih banyak biasiswa untuk penuntut Melayu ITE yang ingin ke politeknik, disampaikan oleh Pengerusi Zaqy Mohamad semasa Majlis Hari Raya pada 12 April.
- Depoh LRT Sengkang-Punggol sedang diperluas sejak 2022 untuk menampung lebih banyak tren dan menawarkan penyenggaraan lebih cekap, dijangka siap pada 2027.
- Langkah-langkah ini bertujuan meningkatkan sokongan kepada masyarakat, memastikan perjalanan haji lancar, pendidikan lebih baik, dan sistem pengangkutan yang lebih efisien.
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Bakal jemaah kekal tenang menjelang musim haji di tengah krisis Timur Tengah, lakukan persiapan termasuk 'Get Fit for Haj'
Para bakal jemaah haji yang ditemui BERITA Mediacorp rata-rata berasa tenang dan tidak bimbang tentang keberangkatan mereka kerana sering mendapat kemas kini daripada ejen pelancongan haji masing-masing dan pemerintah.
Lebih banyak biasiswa MENDAKI untuk bantu penuntut ITE ke politeknik
Yayasan MENDAKI akan menawarkan lebih banyak biasiswa kepada penuntut Melayu di Institut Pendidikan Teknikal yang mahu melanjutkan pelajaran ke politeknik. Ini diumumkan Pengerusi MENDAKI, Zaqy Mohamad dalam ucapannya di Majlis Hari Raya badan itu bagi menghargai para sukarelawan dan rakan-rakan kerja siang tadi (12 Apr).
Depoh Sengkang-Punggol diperluas bagi tampung lebih banyak LRT, tawar penyenggaraan lebih cekap
Landasan untuk menguji prestasi LRT, serta kemudahan penyenggaraan tambahan merupakan antara ciri-ciri depoh LRT Sengkang-Punggol (SPLRT) yang diperluas. Depot yang diperluas itu memulakan kerja-kerja peluasan pada 2022 dan dijadualkan siap pada 2027.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.