KILASAN: Badan Melayu/Islam SG boleh main peranan lebih besar perkukuh mobiliti sosial masyarakat; Siri Langkah Digital AI MENDAKI jelajah ke kawasan kejiranan; Pusat Penuaan Aktif lebih inovatif akan tingkat mutu hidup warga emas SG
Badan-badan masyarakat boleh melangkah setapak ke hadapan dengan mempunyai kakitangan yang memiliki kepakaran khusus. (Gambar: Hidir Ezat)
This audio is generated by an AI tool.
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
Badan Melayu/Islam boleh mainkan peranan perkukuhkan mobiliti sosial masyarakat
Pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam (MMO) boleh memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan mobiliti sosial dalam masyarakat. Demikian pendapat Pengasas Nusantara Connect, Dr Mohd Shamsuri Juhari dalam pembentangannya di Simposium 'Community-in-Review' 2026 anjuran AMP Singapura pada Sabtu (23 Mei).
Langkah digital AI oleh MENDAKI jelajah ke kawasan kejiranan
“Ke mana saya boleh bercuti setahun sekali dan mempunyai pilihan makanan halal?” - tanya peserta warga emas kepada ChatGPT. Ini antara ilmu baharu yang dapat ditimba hampir 100 warga emas dan anggota masyarakat lain dalam Siri Langkah Digital AI Pop-Up yang diadakan di Pasar dan Pusat Penjaja Geylang Serai pada Sabtu (23 Mei).
10 Pusat Penuaan Aktif lebih inovatif akan bantu tingkat mutu hidup warga emas SG
Pusat Penuaan Aktif (AAC) yang lebih inovatif akan memberi warga emas pengalaman baharu dan tidak konvensional bagi meningkatkan mutu hidup mereka. Sebanyak 10 pusat sedemikian akan dibangunkan menjelang April tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.