KILASAN: Anwar Ibrahim enggan permusuhan dengan Mahathir berterusan; BN cabar keputusan sebilangan kerusi PRU15; 92% lulusan politeknik dapat kerja 6 bulan selepas tamat pengajian atau NS

(Gambar: BERNAMA)
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
PM Anwar tidak mahu permusuhan dengan Mahathir berterusan

Tanpa menyatakan secara khusus mengenai status hubungannya dengan Dr Mahathir, Encik Anwar berkata tumpuan beliau ketika ini adalah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dan enggan melayani “kerenah” atau “celoteh” yang tidak relevan daripada negarawan itu.
BN fail petisyen; cabar keputusan sebilangan kerusi PRU15

Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir berkata, perincian mengenai petisyen berkenaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
"Memang ada beberapa kawasan yang kita akan failkan. Nanti kita akan umumkan."
Hampir 92% lulusan politeknik berhasil dapat kerja 6 bulan selepas tamat pengajian atau NS

Tinjauan pekerjaan lulusan politeknik terkini yang dikeluarkan pada Jumaat (13 Jan) juga mendapati bahawa 59 peratus daripada mereka yang menyertai pasaran buruh bekerja sepenuh masa dan perangkaan itu meningkat daripada 58.1 peratus yang dicatatkan pada 2021.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.