Skip to main content

Kilasan

KILASAN: Amanat Hari Kebangsaan PM Wong akan disiarkan pada 8 Ogos; Mendedahkan negara dikaitkan dengan serangan UNC3886 bukan kepentingan SG buat masa ini: Shanmugam; Tanjong Katong Road South dibuka semula secara berperingkat mulai 2 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: Amanat Hari Kebangsaan PM Wong akan disiarkan pada 8 Ogos; Mendedahkan negara dikaitkan dengan serangan UNC3886 bukan kepentingan SG buat masa ini: Shanmugam; Tanjong Katong Road South dibuka semula secara berperingkat mulai 2 Ogos

Perdana Menteri Lawrence Wong menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan pada 8 Ogos 2024. (Gambar: MDDI)

Diterbitkan : 01 Aug 2025 07:42PM

3 Berita Paling Mendapat Perhatian:

Amanat Hari Kebangsaan PM Wong akan disiarkan pada 8 Ogos

Related article image
Perdana Menteri Lawrence Wong menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan pada 8 Ogos 2024. (Gambar: MDDI)

Amanat Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong akan disiarkan pada 8 Ogos, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam pengumumannya pada Jumaat (1 Ogos).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Mendedahkan negara dikaitkan dengan serangan UNC3886 bukan kepentingan SG buat masa ini: Shanmugam

Related article image
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam (kanan) dan Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo (kiri) bercakap dengan media di Institut Teknologi Singapura (SIT) pada 1 Ogos 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Walaupun mendedahkan nama negara tertentu yang dikaitkan dengan kumpulan ancaman siber UNC3886 bukan untuk kepentingan Singapura buat masa ini, serangan itu masih cukup serius bagi pemerintah untuk memberitahu orang ramai tentang kumpulan tersebut, tegas Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam pada Jumaat (1 Ogos).

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Tanjong Katong Road South dibuka semula secara berperingkat mulai 2 Ogos

Related article image
Kerja-kerja mengisi semula lubang tanah jerlus, seperti yang dirakam pada 28 Julai 2025, di sepanjang Tanjong Katong Road South sudah selesai. (Gambar: CNA/Raydza Rahman)

Beberapa bahagian di South Tanjong Katong Road akan dibuka semula secara bertahap-tahap mulai Sabtu (2 Ogos), menurut kenyataan bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan agensi air negara PUB pada Jumaat, seminggu selepas kejadian tanah jerlus memaksa jalan tersebut ditutup.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita