KILASAN: 3 stesen baharu Laluan Circle akan dibuka pada 12 Jul; SPF nasihat waspada penipuan menyamar sebagai pegawai pemerintah berkait isu Selat Hormuz; Presiden Palestin ikrar adakan pilihan raya, pembaharuan di persidangan Fatah
Platform Stesen MRT Cantonment, yang akan dibuka kepada orang ramai pada 4 Julai 2026 sebelum ia mula beroperasi bagi khidmat penumpang pada 12 Julai 2026. (Gambar: LTA)
This audio is generated by an AI tool.
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
3 stesen baharu Laluan Circle akan dibuka pada 12 Jul
Stesen MRT Keppel, Cantonment dan Prince Edward Road akan memulakan operasi khidmat penumpang pada 12 Julai, sekali gus melengkapkan Laluan Circle dengan menghubungkan stesen HarbourFront ke stesen Marina Bay.
Awas! Mangsa rugi sekurang-kurangnya S$4.9 juta dalam penipuan bantuan dana Selat Hormuz
Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Khamis (14 Mei) menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap penipuan melibatkan penyamaran sebagai pegawai kanan pemerintah, selepas seorang mangsa kerugian sekurang-kurangnya S$4.9 juta dalam penipuan bantuan dana berkaitan Selat Hormuz.
Presiden Palestin ikrar adakan pilihan raya, pembaharuan di persidangan Fatah
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berjanji untuk meneruskan usaha pembaharuan dalam Penguasa Palestin (PA) semasa perhimpunan parti Fatah pada Khamis (14 Mei). Beliau juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen yang sudah lama tertunda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.