KILASAN: 28 agensi pemerintah bersedia laksana pelan jerebu jika mutu udara bertambah buruk; Palang Merah SG hulur bantuan tambahan S$170,000, lebih S$3 juta dikumpul untuk mangsa banjir Nepal; Kumpulan seni, muzium tingkat usaha galak tebus Pas Budaya SG
Keadaan sedikit berjerebu di sekitar kawasan pusat perniagaan Singapura dan Marina Promenade pada 15 Ogos 2026. (Gambar fail: CNA/Raydza Rahman)
3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian
28 agensi pemerintah bersedia laksana pelan jerebu jika mutu udara bertambah buruk
Kementerian Kesihatan (MOH) sedang mempersiapkan hospital dan penyedia jagaan masyarakat untuk menghadapi kemungkinan berlaku jerebu yang teruk.
Palang Merah SG hulur bantuan tambahan S$170,000, lebih S$3 juta dikumpul untuk mangsa banjir Nepal
Palang Merah Singapura (SRC) mengikrarkan bantuan tambahan sebanyak S$170,000 dalam bentuk bantuan kemanusiaan bagi Nepal, sedang sumbangan derma kepada rayuannya menjangkaui S$3 juta.
Kumpulan seni, muzium tingkat usaha galak tebus Pas Budaya SG
Kumpulan-kumpulan seni dan muzium-muzium di Singapura mahu memastikan peningkatan jumlah pengunjung menerusi Pas Budaya SG dapat dikekalkan dalam jangka panjang sedang skim itu memasuki tahun kedua.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.