KILASAN: 180 pelarian Rohingya dikhuatiri mati; Lagi 3 mayat ditemui susuli kapal perang Thailand karam; Mayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh M'sia dikenal pasti
Gambar: AFP
3 Berita Paling Mendapat Perhatian:
Sekurang-kurangnya 180 pelarian Rohingya dikhuatiri mati
Sekurang-kurangnya 180 masyarakat etnik Rohingya yang terkandas di laut selama beberapa minggu selepas meninggalkan Bangladesh pada November dikhuatiri mati, kerana bot usang yang dinaiki mereka dipercayai sudah tenggelam bulan ini.
Lagi 3 mayat ditemui; 11 anak kapal Sukhothai masih hilang
"Kami menemui tiga mayat yang akan dibawa bagi proses mengenal pasti dan bedah siasat, yang akan mengambil masa sekitar tiga atau empat hari," kata jurucakap angkatan tentera laut Pogkrong Montradpalin.
Tanah runtuh Genting Highlands: Mayat mangsa terakhir dikenal pasti
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan pada Ahad (25 Dis), korban ke-31 tragedi tanah runtuh itu dikenali sebagai Eng Shao Qi, merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.