Skip to main content

Kilasan

KILASAN: 1.7 juta jemaah sedang kerjakan ibadah Haji 2026; 20 keluarga SG terjejas akibat isu bekalan kambing, dapat tunaikan korban di Masjid Jamae Chulia; SG akan bertindak terhadap firma yang terima geran AI tapi layan pekerja secara tidak adil

Anggaran Waktu Membaca:
KILASAN: 1.7 juta jemaah sedang kerjakan ibadah Haji 2026; 20 keluarga SG terjejas akibat isu bekalan kambing, dapat tunaikan korban di Masjid Jamae Chulia; SG akan bertindak terhadap firma yang terima geran AI tapi layan pekerja secara tidak adil

Para jemaah haji menuju Arafah pada 14 Jun 2024. (Gambar fail: AFP/Fadel Senna)

Diterbitkan : 27 May 2026 07:51PM Dikemas Kini : 27 May 2026 07:52PM

3 Berita Yang Paling Mendapat Perhatian

1.7 juta jemaah sedang kerjakan ibadah Haji 2026

Related article image
Perdana Menteri Lawrence Wong turut memperingati sekitar 900 jemaah haji Singapura yang kini berada di Makkah. (Gambar: MUIS)


Lebih 1.7 juta jemaah sedang menunaikan ibadah haji tahun ini, dengan kebanyakannya berasal dari luar Arab Saudi, menurut pihak berkuasa kerajaan. Jumlah keseluruhan seramai 1,707,301 orang menandakan peningkatan sebanyak 34,071 orang, atau 2.04 peratus, berbanding 1,673,230 orang yang mengerjakan ibadah itu pada musim Haji 2025.
 

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sekitar 20 keluarga terjejas akibat isu bekalan TMB tetap dapat tunai ibadah korban di Masjid Jamae Chulia

Related article image
Salah satu keluarga yang terjejas selepas kambing korban kendalian The Meat Brothers (TMB) gagal dibawa masuk dari Australia. (Gambar: Nurfazirah Azman)

Lebih kurang 20 keluarga yang terjejas selepas kambing korban kendalian The Meat Brothers (TMB) gagal dibawa masuk dari Australia, tetap dapat menunaikan ibadah korban tahun ini menerusi kerjasama bersama pengendali AgroMaster di Masjid Jamae Chulia.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

SG akan bertindak terhadap firma yang terima geran AI tapi layan pekerja secara tidak adil: Jasmin Lau

Related article image
Menteri Negara Pembangunan Digital dan Penerangan Jasmin Lau, yang mempengerusikan bersama jawatankuasa Kajian Strategi Ekonomi (ESR) mengenai teknologi dan inovasi, bercakap dengan Mediacorp.

Syarikat-syarikat yang berulang kali memanfaatkan geran awam untuk berkembang melalui kecerdasan buatan tetapi melayan pekerja secara tidak adil boleh berdepan campur tangan pemerintah, kata Menteri Negara Pembangunan Digital dan Penerangan Jasmin Lau, sedang Singapura meneruskan rancangan untuk menjadi hab AI global.

KLIK UNTUK BERITA PENUH

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita