Zoom disaman tidak isytihar kelemahan privasi, keselamatan dengan tepat
Zoom Video Communications Inc dikenakan tindakan guaman oleh salah seorang pemegang sahamnya pada Selasa (7 Apr), yang menuduh aplikasi sidang video web percuma itu mengisytiharkan secara tidak tepat piawai privasinya.
REUTERS: Zoom Video Communications Inc dikenakan tindakan guaman oleh salah seorang pemegang sahamnya pada Selasa (7 Apr), yang menuduh aplikasi sidang video web percuma itu mengisytiharkan secara tidak tepat piawai privasinya. Ia juga didakwa gagal mengisytiharkan bahawa khidmat itu tidak mempunyai perisian yang melindunginya daripada digodam.
Pemegang saham Michael Drieu mendakwa dalam satu tuntutan di mahkamah bahawa beberapa liputan media yang menarik perhatian kepada kelemahan privasi dalam aplikasi Zoom menyebabkan harga saham syarikat tersebut, yang meningkat selama beberapa hari awal tahun ini, akhirnya menjunam.
Harga saham ditutup sekitar 7.5 peratus lebih rendah pada AS$113.75 pada Selasa. Syarikat tersebut kehilangan hampir sepertiga nilai pasaran sejak mencecah tahap rekod tertinggi lewat Mac.
Ketua Pegawai Eksekutif Zoom, Eric Yuan, minggu lalu memohon maaf kepada para pengguna. Beliau berkata syarikat itu gagal memenuhi keperluan privasi dan keselamatan masyarakat dan sedang mengambil langkah-langkah menanganinya.
Zoom masih sedang cuba menangani isu-isu keselamatan sedang jutaan pengguna baru merata dunia mula mendaftar, setelah terpaksa bekerja dari rumah ekoran langkah sekatan pergerakan dilaksanakan untuk memperlahankan penularan virus COVID-19.
Bagaimanapun, syarikat itu menerima tamparan dari para pengguna yang bimbang kerana tiada perisian yang melindungi sesi mesyuarat mereka daripada diceroboh penggodam. Kelemahan tersebut menyebabkan apa yang dipanggil "zoombombing" di mana peserta tidak diundang menceroboh sesi mesyuarat di wadah Zoom.
Syarikat roket milik Elon Musk, Space X, baru-baru ini melarang kakitangannya daripada menggunakan Zoom, sambil menukil "kebimbangan ketara tentang hilang privasi dan keselamatan". Kabinet Taiwan juga mengarahkan agensi-agensi pemerintah supaya berhenti menggunakan aplikasi itu.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.