Zoom dijenama semula sebagai syarikat khidmat komunikasi AI
Zoom dikenali oleh orang ramai sebagai platform telesidang atau untuk panggilan video.

Gambar yang menunjukkan logo Zoom. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)
Ia menjadi popular ketika era pandemik COVID-19 dan kekal digunakan sehingga ke hari ini.
Zoom, atau nama penuhnya Zoom Video Communications Inc. baru-baru ini telah dijenamakan semula kepada Zoom Communications Inc.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Zoom Eric Yuan, Zoom kini syarikat yang memberi tumpuan kepada Kecerdasan Buatan (AI) bagi kegunaan platform bekerja untuk menghubungkan pekerja.
Penjenamaan semula itu dilaksanakan supaya orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video.
Antara ciri menarik yang bakal ditawarkan Zoom adalah AI Companion yang dapat mengambil tempat individu ketika menghadiri sesi telesidang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.