Skip to main content

Kewangan

Zoom bakal buka pusat R&D baru di Singapura

Syarikat Zoom Video Communications mengumumkan pada Rabu (16 Dis) bahawa ia akan membuka pusat kajian dan pengembangan (R&D) di Singapura, dan akan mengambil "ratusan pekerja bidang kejuruteraan penting" bagi pusatnya itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Dec 2020 06:54PM Dikemas Kini : 16 Dec 2020 09:11PM

SINGAPURA: Syarikat Zoom Video Communications mengumumkan pada Rabu (16 Dis) bahawa ia akan membuka pusat kajian dan pengembangan (R&D) di Singapura, dan akan mengambil "ratusan pekerja bidang kejuruteraan penting" bagi pusatnya itu.

Zoom sudah dua tahun bertapak di Singapura dan langkah tersebut "mencerminkan pelaburan strategik yang semakin meningkat di negara ini selain strateginya untuk membangunkan teknologi komunikasi di pelbagai lokasi merata dunia.

Menurut Zoom, tempat barunya di Singapura juga akan menyokong pusat R&D sedia ada di Amerika Syarikat, India dan China.

Zoom, yang menyediakan perisian perhubungan video, menikmati prestasi lebih baik tahun ini ekoran permintaan yang meningkat bagi persidangan video disebabkan pandemik COVID-19.

Pusat di Singapura itu akan memainkan peranan penting sebagai sumber innovasi bagi perniagaan, dengan memanfaatkan tenaga kerja profesional di negara ini, kata Zoom dalam satu kenyataan media hari ini.

Singapura dipilih kerana mempunyai "bakat kejuruteraan cemerlang", menurut Zoom, sambil menambah bahawa ia sudah mulakan proses mendapatkan jurutera.

Tambahnya lagi, syarikat itu "berharap dapat memilih ruang pejabat apabila amalan bekerja dari rumah akibat pandemik COVID-19 mula reda".

Zoom juga akan mengembangkan pusat data yang dikongsi di Singapura, dengan menggandakan keupayaanya bagi memastikan "mutu yang tinggi dari segi pengalaman, keselamatan dan keyakinan" kepada penggunanya di seluruh Asia Pasifik.

"Singapura merupakan negara yang menyokong perniagaan, salah satu negara paling mudah untuk memulakan syarikat, dan terus menjadi pilihan untuk menubuhkan ibu pejabat di rantau ini kerana ia mempunyai bakat cemerlang, prasarana yang kukuh serta gerbang masuk bagi negara-negara di rantau Asia Pasifik," kata presiden bagi bahagian produk dan kejuruteraan Zoom, Velchamy Sankarlingam.

"Kami merancang untuk mengambil pekerja dengan segara, memanfaatkan bakat kejuruteraan berpendidikan tinggi di Singapura. Pusat R&D dan data baru kami akan memainkan peranan penting dalam pengembangan Zoom ke peringkat antarabangsa.

Pengarah Urusan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura, Kai Fong Chng berkata beliau "teruja dengan keputusan Zoom untuk bekerjasama dengan Singapura dengan menubuhkan pusat R&D di sini".

"Zoom sudah mengubah cara bekerja di mana-sahaja selain di lokasi yang tertentu.

"Kita kini lebih produktif dan lebih dan ini hanyalah permulaan dalam mencipta semula cara kita bekerja, hidup dan bermain."  

Sumber : CNA/NJ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita