Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

YouTube TV capai persetujuan kembalikan akses saluran Disney

Anggaran Waktu Membaca:

BENGALURU: YouTube yang dimiliki oleh Alphabet Inc sudah mula mengembalikan akses kepada saluran-saluran Walt Disney Co di platformnya pada Ahad (19 Dis) selepas kedua-dua syarikat tersebut mencapai perjanjian pengedaran untuk menamatkan jalan buntu selama dua hari itu. 

Di laman Twitternya, YouTube menyatakan:  "Kami sudah mencapai perjanjian dengan Disney dan sudah mula mengembalikan akses kepada saluran-saluran seperti ESPN dan FX." 

Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun tidak mahu mendedahkan syarat-syarat kewangan perjanjian tersebut. 

YouTube memberi amaran minggu lalu bahawa pihaknya hanya akan memperbaharui perjanjian dengan Disney jika syarikat tersebut menawarkan "syarat-syarat yang adil" dan ia turut mengumumkan bahawa ia akan menurunkan langganan bulanan YouTube TV sebanyak AS$15 (S$20.51), dari AS$64.99 (S$88.87) kepada AS$49.99 (S$68.36). 

YouTube pada Ahad (19 Dis) menyatakan bahawa langganan bulanan sudah dikembalikan ke harga AS$64.99 (S$88.87), namun, para pelanggan yang terjejas akan menerima potongan harga sekali saja sebanyak AS$15 (S$20.51). 

"Kami menghargai kerjasama Google untuk mencapai syarat-syarat yang adil dan konsisten dengan pasaran," menyurut kenyataan Disney pada Ahad (19 Dis). 

YouTube yang pada awal bulan ini memeterai perjanjian dengan platform penstriman Roku Inc untuk mengedarkan aplikasi dan khidmat TV YouTube, menamatkan pertikaian selama berbulan-bulan selepas dituduh bersikap anti-persaingan.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan