Woodside, Keppel kaji bekalan hidrogen ke Singapura

Pusat data Keppel T&T di Singapura. (Gambar: Laman Keppel)
MELBOURNE: Syarikat Woodside Petroleum sedang bekerjasama dengan beberapa unit Keppel Corp dan Osaka Gas untuk mengkaji bekalan jangka panjang cecair hidrogen dari Australia Barat ke Singapura dan mungkin juga ke Jepun, kata syarikat-syarikat tersebut pada Rabu (22 Dis).
Kajian itu sejajar dengan Pelan Hijau Singapura dan akan dijalankan hingga pertengahan 2022, sebelum syarikat-syarikat berkenaan memutuskan langkah seterusnya.
Bagi Woodside, Singapura dan Jepun merupakan destinasi eksport hidrogen yang ideal dari kemudahan H2Perth Hydrogen di Australia Barat, manakala Pusat Data Keppel menyatakan pihaknya sedang mengkaji penggunaan hidrogen bagi pusat-pusat data tersebut.
"Penting untuk kita bekerjasama dengan pelanggan dan pengguna yang berpotensi seperti Pusat Data Keppel, Osaka Gas Singapore, City Energy dan juga Khidmat Tenaga Gas City-OG supaya dapat bekerjasama dalam membina rangkaian bekalan hidrogen yang mampan untuk projek H2Perth yang sedang dirancang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Woodside Meg O'Neill dalam satu kenyataan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.