Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

A&W bakal buka cawangan kedua di Ang Mo Kio

SINGAPURA: Restoran makanan segera A&W bakal membuka cawangan keduanya di Singapura, iaitu di AMK Hub, pada lewat tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
A&W bakal buka cawangan kedua di Ang Mo Kio

Restoran makanan segera A&W bakal dibuka di AMK Hub pada Julai 2019. (Gambar-Gambar: A&W® Restaurants)

Diterbitkan : 31 May 2019 03:54PM Dikemas Kini : 31 May 2019 04:08PM

SINGAPURA: Restoran makanan segera A&W bakal membuka cawangan keduanya di Singapura, iaitu di AMK Hub, pada lewat tahun ini.

Cawangan kedua A&W dijangka dibuka pada Julai menyusuli sambutan hangat yang diterima selepas cawangannya di Jewel Lapangan Terbang Changi dibuka pada bulan lalu.

Malah, jurucakap restoran makanan segera itu turut memberitahu Mediacorp bahawa A&W merancang untuk membuka cawangan ketiga pada tahun depan.

Restoran A&W di Ang Mo Kio boleh menampung hampir 140 orang dan ia bertujuan untuk menyediakan hidangan yang dapat "mewujudkan nostalgia" dalam kalangan penduduk estet kejiranan, menurut A&W dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat (31 Mei).

Cawangan itu akan ditempatkan di tingkat bawah tanah di AMK Hub. Ia akan beroperasi setiap hari, dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Cawangan berkenaan juga mungkin memperkenalkan menu sarapan dan jamuan lewat malam pada hujung tahun ini.

Selain hidangan klasik seperti Coney Dog Ayam (Chicken Coney Dog) dan minuman Root Beer Float, A&W juga akan menawarkan hidangan seperti Burger Ayam Keju Krim (Cream Cheese Chicken Burger) yang popular di Okinawa, Jepun serta Ayam Golden Aroma (Golden Aroma Chicken) dari restoran A&W di Indonesia.

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga boleh menjangkakan sebuah ruang khas bagi hidangan wafel serta ruang untuk berswafoto.

A&W kembali ke Singapura pada bulan lalu selepas 16 tahun, dengan memikat para pelanggan yang beratur panjang selama berjam-jam bagi menikmati hidangan yang ditawarkan.

"Kami berbesar hati atas sambutan hangat yang diterima sejak kami kembali ke Singapura," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Antarabangsa A&W, Sally See.

"Sedang kami meneruskan rancangan untuk mengembangkan perniagaan kami di rantau ini, kami juga sentiasa meninjau-ninjau peluang untuk memudahkan akses kepada para pelanggan kami di Singapura," katanya lagi.


Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan