Skip to main content

Kewangan

Volkwswagen tarik balik 700,000 SUV atas risiko lintar pintas

Syarikat gergasi kereta Jerman Volkswagen pada Isnin (20 Ogos) mengumumkan akan menarik balik 700,000 kereta SUV di serata dunia, sambil memberi amaran lampu yang dipasang pada tingkap bumbung kereta boleh mengalami lintar pintas jika basah.

Anggaran Waktu Membaca:
Volkwswagen tarik balik 700,000 SUV atas risiko lintar pintas

Lambang jenama Volkswagen (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 10:11AM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 10:22AM

FRANKFURT AM MAIN: Syarikat gergasi kereta Jerman Volkswagen pada Isnin (20 Ogos) mengumumkan akan menarik balik 700,000 kereta SUV di serata dunia, sambil memberi amaran lampu yang dipasang pada tingkap bumbung kereta boleh mengalami lintar pintas jika basah.

Kerosakan itu menjejas kereta-kereta model Tiguan dan Touran generasi terbaru yang dikeluarkan sebelum 5 Julai tahun ini, kata seorang jurucakap syarikat agensi berita DPA.

Bahang yang diakibatkan lintar pintas boleh merosakkan bumbung dan mencetuskan kebakaran, menurut laporan majalah industri German Kfz-Betrieb.

Jurucakap itu berkata Volkswagen sedang berusaha mengatasinya dan berharap untuk menyelesaikan ujian "dalam masa terdekat" supaya pembeli boleh menghantar kereta mereka untuk diperbaiki.

Sementara itu para pemilik kereta boleh terus menggunakan kereta mereka kecuali jika mereka mengesan sebarang tanda-tanda lintar pintas, termasuk lampu yang tidak berfungsi atau tanda terbakar.

Pada lewat Julai, kumpulan syarikat tersebut menyatakan ia mungkin perlu menarik balik 124,000 kereta elektrik Volkswagen, Audi dan Porche berhubung penggunaan cadmium yang boleh menyebabkan barah yang digunakan dalam bateri kereta-kereta itu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita