Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Vistra Trust didenda S$1.1 juta, gagal patuhi syarat antipengubahan wang haram: MAS

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan denda komposisi S$1.1 juta ke atas Vistra Trust kerana gagal untuk mematuhi syarat-syarat antipengubahan wang haram dan menentang pembiayaan keganasan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan denda komposisi S$1.1 juta ke atas Vistra Trust kerana gagal untuk mematuhi syarat-syarat antipengubahan wang haram dan menentang pembiayaan keganasan.

Aktiviti perniagaan Vistra Trust termasuk mengikat amanah dan menyediakan khidmat pemegang amanah.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh MAS dari April hingga Jun 2019 mendapati Vistra Trust melakukan pelanggaran serius terhadap syarat-syarat yang tertera di atas. Justeru, meletakkannya pada risiko lebih tinggi digunakan sebagai wadah untuk menjalankan aktiviti haram, menurut MAS dalam satu kenyataan media pada Khamis (20 Jan).

"Vistra Trust tidak melaksanakan prosedur yang sewajarnya bagi menentukan sama ada pihak-pihak pemegang amanah yang relevan menimbulkan risiko lebih tinggi bagi pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan," menurut MAS.

"Ini menyebabkan Vistra Trust gagal untuk mengenal pasti akaun-akaun tertentu yang berisiko lebih tinggi dan mengenakan langkah-langkah pencegahan yang lebih ketat terhadap akaun-akaun itu."

Vistra Trust sudahpun membayar denda dan mengambil tindakan pemulihan untuk menangani kelemahan dalam pengurusan risiko yang menyebabkan pelanggaran itu.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan