Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Vietnam lancar Bamboo Airways; penerbangan sulung dari Ho Chi Minh ke Hanoi

Sebuah syarikat penerbangan baru telah dilancarkan di Vietnam.

Anggaran Waktu Membaca:
Vietnam lancar Bamboo Airways; penerbangan sulung dari Ho Chi Minh ke Hanoi

Pengerusi Bamboo Airways, Trinh Van Quyet. (Gambar: Kham/Reuters)

Diterbitkan : 16 Jan 2019 07:20PM Dikemas Kini : 16 Jan 2019 07:23PM

HANOI: Sebuah syarikat penerbangan baru telah dilancarkan di Vietnam.

Bamboo Airways dilancarkan pagi tadi (16 Jan) setelah tertangguh agak lama, dengan melakukan penerbangan sulungnya dari Bandar Ho Chi Minh ke ibu kota Hanoi.

Pesawat syarikat penerbangan itu, yang dimiliki oleh syarikat hartanah dan riadah FLC Group, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, menurut Bamboo Airways.

Pesawat itu membawa 180 penumpang dan lima anak kapal dalam penerbangan sulungnya.

Bamboo Airways merupakan syarikat penerbangan kelima Vietnam.

Sebagai permulaan, Bamboo Airways hanya beroperasi di Vietnam dengan menawarkan 37 laluan penerbangan.

Ia merancang untuk menyediakan perkhidmatan antarabangsa mulai lewat tahun ini ke Jepun, Korea dan Singapura.

Pasaran penerbangan Vietnam adalah salah satu yang paling pesat berkembang di dunia. 

Sumber : Reuters/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan