Vietnam berdepan cabaran berkembang 10% tahun depan: bank pusat
Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Tarif dan dasar kewangan di negara lain akan menyulitkan bank pusat Vietnam untuk menetapkan dasar yang wajar dan mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi lebih daripada 10 peratus tahun depan, kata seorang pegawai kanan Bank Negara Vietnam semasa satu sidang akhbar pada Isnin (29 Dis).
Pemerintah menyatakan Vietnam menepati sasaran untuk mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi lebih daripada 8 peratus tahun ini dan merancang untuk menyasarkan pertumbuhan 10 peratus tahun depan.
"Sejak awal tahun 2025, perkembangan pasaran global yang rumit dan tidak dapat diramalkan, seperti dasar dana Rizab Persekutuan yang tidak dapat diramalkan dan dasar tarif pentadbiran Amerika Syarikat, menjejaskan ekonomi, pasaran pertukaran asing dan kadar pertukaran," kata Pham Chi Quang, ketua Jabatan Dasar Monetari SBV, semasa sidang akhbar suku tahunan.
Encik Quang berkata fokus tahun depan adalah untuk mengurus dasar kewangan secara fleksibel, selaras dengan dasar fiskal, untuk mengekalkan kestabilan makroekonomi, mengawal inflasi dan menyokong pertumbuhan.
Timbalan Gabenor SBV, Pham Thanh Ha, memberitahu sidang akhbar itu bahawa sehingga 24 Disember, pertumbuhan kredit meningkat 19.41 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pertumbuhan ekonomi negara sangat bergantung kepada pertumbuhan kredit.
"Pertumbuhan kredit menyumbang secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi, yang dijangka melebihi 8 peratus tahun ini dan melebihi 10 peratus untuk tahun hadapan," kata Encik Ha.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.