Skip to main content

Kewangan

Utico beli 88% saham Hyflux bernilai S$535 juta

Firma perbekalan Amiriah Arab Bersatu (UAE) Utico akan membeli 88 peratus saham syarikat rawatan air yang berpangkalan di Singapura Hyflux, menurut syarikat-syarikat itu dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa (16 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Utico beli 88% saham Hyflux bernilai S$535 juta

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 16 Jul 2019 03:02PM Dikemas Kini : 16 Jul 2019 03:03PM

SINGAPURA: Firma perbekalan Amiriah Arab Bersatu (UAE) Utico akan membeli 88 peratus saham syarikat rawatan air yang berpangkalan di Singapura Hyflux, menurut syarikat-syarikat itu dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa (16 Jul).

Menurut Utico, perjanjian itu bergantung kepada beberapa proses kawal selia, serta kelulusan daripada pemiutang, Bursa Saham Singapura, para pelabur dan mahkamah.

Hyfluz akan kekal sebagai syarikat yang disenaraikan berasingan, tambah kenyataan itu.

Menurut Utico lagi, nilai equiti syarikat itu ditetapkan pada harga S$340 juta meskipun nilai perjanjian secara keseluruhannya mungkin bernilai S$535 juta, lebih tinggi berbanding perjanjian sebelumnya iaitu S$530 juta dari SM Investments yang gagal mendapat persetujuan untuk diteruskan.

Utico merancang untuk menawarkan wang tunai yang setara dengan pegangan saham 4 peratus dalam kumpulan Utico serta agihan tunai tambahan.

Ini menurut pengarah urusan Richard Menezes, boleh memberikan sekuriti "50 peratus daripada S$2,000 pertama hingga S$3,000 dan dengan itu menawarkan pilihan kepada para pelabur untuk menjual semula saham dan mengharapkan bayaran balik penuh".

Dalam kenyataannya, Utico menukil Encik Menezes sebagai berkata bahawa sasaran kedua-dua pihak adalah untuk "mencapai perjanjian yang muktamad berhubung pelaburan yang disarankan dengan diluluskan oleh para pemiutang secepat mungkin dan mengadakan mesyuarat bagi kedua-dua PNP dan pemegang jangka sederhana sebelum sesi mahkamah pada 2 Ogos.

Khamis lalu, syarikat-syarikat itu menyatakan bahawa pihak masing-masing sudah mengadakan "perbincangan tidak rasmi" setelah tarikh luput 27 Jun dan sedang mencapai perjanjian, bergantung kepada kelulusan daripada semua pihak yang berkepentingan dan dokumen-dokumen dimuktamadkan dan dimeterai. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita