Urus niaga flat jualan semula HDB naik 25.3% tahun lalu; tertinggi sejak 2010
SINGAPURA: Sekitar 31,000 flat jualan semula bertukar tangan pada tahun lalu.
Kenaikan 25.3% itu yang tertinggi dalam masa kira-kira sedekad.
Hampir 260 flat jualan semula bertukar tangan tahun lalu pada harga lebih sejuta dolar buat satu unit.
Jumlah itu lebih tiga kali ganda daripada tahun 2020.
Perangkaan terkini Lembaga Perumahan dan Pembangunan(HDB) bagaimanapun menunjukkan kadar urus niaga flat jualan semula semakin perlahan pada suku keempat yang lalu.
Ia merosot 5.8% daripada sekitar 8,400 unit pada suku ketiga.
Data HDB turut menunjukkan harga flat jualan semula mencatat paras tertinggi, naik 12.7%.
Kadar itu juga yang paling tinggi sejak tahun 2010.
Selain itu, HDB memberikan perincian mengenai lebih 23,000 flat BTO yang akan dilancarkan tahun ini.
Ia bermula dengan pelancaran sekitar 3,900 flat BTO di kawasan-kawasan seperti Geylang, Yishun, Kallang Whampoa dan Tengah pada bulan depan.
Sementara itu, urus niaga jualan semula rumah privet juga mencatat peningkatan paling tinggi sejak tahun 2007.Hampir 20,000 urus niaga dilakukan.
Penguasa Pembangunan Semula Bandar juga mendedahkan bahawa harga hartanah privet meningkat lebih 10.6%, juga yang tertinggi dalam tempoh lebih sedekad.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.