URA buka tender tapak Sengkang Central dan Hillview Rise
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (28 Dis) melancarkan penjualan dua bidang tanah di Sengkang Central dan Hillview Rise menerusi tender awam, di bawah Senarai yang Disahkan bagi program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) untuk separuh kedua 2017.
(Gambar: URA).
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (28 Dis) melancarkan penjualan dua bidang tanah di Sengkang Central dan Hillview Rise menerusi tender awam, di bawah Senarai yang Disahkan bagi program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) untuk separuh kedua 2017.
Dalam kenyataan medianya, URA menyatakan bahawa dua tapak itu - kedua-duanya dengan tempoh pajakan 99 tahun - boleh menampung sekitar 1,235 unit rumah privet secara keseluruhannya.
Dengan kawasan seluas 37,284.8 meter persegi, tapak di Sengkang Central dikhususkan bagi kegunaan komersil dan perumahan dengan luas lantai kasar maksimum 78,299 meter persegi.
Ia mampu menempatkan sekitar 700 unit rumah, menurut URA.
Terletak di bahagian tengah Buangkok, pembangunan serba guna itu "diwawaskan menjadi sebuah hab masyarakat bersepadu" bagi memenuhi keperluan sekitar 20,000 penduduk.
"Projek ini juga menjadi tumpuan utama dan identiti kejiranan Buangkok," menurut URA. "Oleh itu, kawasan awam yang dilakarkan secara terperinci yang disepadukan dengan kegunaan pengangkutan dan masyarakat akan menjadi kunci kejayaan projek ini."
Dengan kawasan seluas 14,296.1 meter persegi, tapak Hillview Rise - yang diperuntukkan bagi pembinaan rumah - mempunyai luas lantai kasar 40,030 meter persegi. Menurut URA lagi, tapak itu boleh digunakan untuk membina sekitar 535 unit rumah.
Ini membuatnya "tapak uji yang sesuai" bagi cara-cara dan teknologi-teknologi binaan yang "inovatif". Saranan konsep yang berpotensi menjana daya penghasilan binaan yang tinggi akan dipertimbangkan bagi tapak itu.
Konsep dan pendapatan berdasarkan bidaan tender bagi tapak Hillview Rise dan Sengkang Central -masing -masing akan jam 12.00 tengah hari pada 3 Mei 2018 dan 21 Jun 2018.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.