UOB Singapura gantung pengeluaran panduan pendapatan dek tarif Trump
United Overseas Bank (UOB) Singapura akan menyambung semula panduan pendapatan 2025 apabila kesan tarif Amerika Syarikat semakin jelas, menurut UOB pada Rabu (7 Mei) selepas bank itu mencatatkan laba bersih yang stabil pada suku pertama tahun ini yang gagal mencapai jangkaan.
Gambar: AFP/Roslan RAHMAN
"Sistem global terjejas oleh tarif Amerika. Walaupun ia terlalu awal untuk mengukur kesannya dengan tepat, kami menjangkakan pertumbuhannya akan bertambah perlahan dalam tempoh terdekat," kata timbalan pengerusi dan CEO UOB Wee Ee Cheong dalam satu taklimat, di mana beliau merujuk kepada unjuran global.
Saham UOB merosot 1.6 peratus pada pagi Rabu, iaitu prestasi lebih rendah berbanding penurunan 0.2 peratus indeks penanda aras domestik.
UOB, pemiutang pertama Singapura untuk melaporkan hasil pendapatannya pada musim ini, menyusul bank-bank global lain dalam menarik perhatian kepada ancaman pertumbuhan ekonomi akibat tarif Presiden Trump.
HSBC yang melaporkan keputusannya pada minggu lalu, meramalkan permintaan pinjaman dan mutu kredit akan bertambah buruk disebabkan ketegangan perdagangan yang meningkat.
Standard Chartered, di mana keputusannya pada suku pertama tahun ini pada Jumaat lalu mengatasi jangkaan, memberi amaran perjanjian utama akan ditangguhkan jika ketegangan perdagangan tetap berterusan.
UOB yang merupakan bank ketiga terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, melaporkan keuntungan bersih sebanyak S$1.49 bilion, iaitu tidak berubah daripada suku tahun lalu, disokong oleh pendapatan yuran rekod dan pertumbuhan pinjaman yang kukuh.
Jumlah itu rendah sedikit berbanding anggaran purata kira-kira S$1.5 bilion oleh dua penganalisis yang ditinjau oleh LSEG.
Walaupun panduan pendapatan 2025 UOB digantung, penganalisis dari CGS International, Tay Wee Kuang dan Lim Siew Khee berkata mereka tidak menjangkakan semakan mendadak disebabkan oleh prestasi operasi UOB yang berdaya tahan pada suku pertama.
UOB meramalkan pertumbuhan pinjaman satu angka yang tinggi, pertumbuhan yuran dua angka dengan kos kredit dengan harga 25 hingga 30 mata asas untuk 2025 dalam keputusan suku keempatnya.
Encik Wee berkata ketidaktentuan pada masa kini tidak seteruk pandemik COVID-19 dan asas jangka panjang Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) tetap dianggap menarik.
"Kami menjangkakan aliran tunai dalam ASEAN dan antara ASEAN dengan seluruh dunia untuk terus maju sedang negara-negara lain mencari cara baharu untuk makmur," katanya.
Encik Wee juga menarik perhatian kepada peluang-peluang lain di tengah-tengah ketidaktentuan, termasuk permintaan klien yang meningkat untuk melindungi nilai dan rangkaian sihat bagi kewangan infrastruktur.
Bank-bank seteru DBS Group dan OCDC dijadual melaporkan keputusan masing-masing para 8 dan 9 Mei.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.