UOB naikkan kadar faedah maksimum bagi akaun simpanan utama kepada 7.8%
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/Roslan RAHMAN
SINGAPURA: Bank UOB menaikkan kadar faedah bagi akaun simpanan UOB One pada Khamis (1 Dis), menyusuli langkah serupa oleh bank-bank tempatan lain di tengah-tengah persekitaran kadar faedah yang kian meningkat.
Dalam langkah terbarunya, pemilik akaun UOB One boleh menikmati kadar faedah maksimum 7.8 peratus bagi jumlah simpanan antara S$75,000 hingga S$100,000.
Ini sekiranya mereka menerima gaji menerusi akaun tersebut dan berbelanja sekurang-kurangnya S$500 sebulan menggunakan kad kredit atau debit yang layak.
Ia berbanding 3.6 peratus sebelum ini dan merupakan kadar faedah yang tertinggi sejak akaun UOB One diperkenalkan tujuh tahun lalu.
Kadar faedah untuk wang simpanan hingga S$75,000 dinaikkan antara 3.85 peratus hingga 4.85 peratus berbanding 1.4 peratus hingga 2.5 peratus sebelumnya.
Di samping perubahan pada kadar faedah, UOB juga menyatakan bahawa ia sudah menyertakan pembayaran gaji melalui khidmat PayNow sebagai kredit gaji yang layak supaya lebih ramai pelanggan boleh menjadi layak untuk menerima faedah bonus.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.