Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

UOB kekal panduan 2024 meski keuntungan Q2 terlepas ramalan

Anggaran Waktu Membaca:
UOB kekal panduan 2024 meski keuntungan Q2 terlepas ramalan
Diterbitkan : 01 Aug 2024 10:07AM Dikemas Kini : 01 Aug 2024 10:11AM
SINGAPURA: Bank UOB mengekalkan panduan pendapatan bagi 2024 selepas mencatatkan kenaikan 1 peratus tahun ke tahun dalam keuntungan bersih suku kedua pada Khamis (1 Ogos), yang sedikit terlepas jangkaan.

"Pertumbuhan sejagat terus terjejas oleh ketegangan geopolitik dan kadar faedah yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan ASEAN kekal berdaya tahan," kata Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB Wee Ee Cheong dalam satu kenyataan.

UOB melaporkan meraih keuntungan bersih sebanyak S$1.43 bilion dalam suku kedua, berbanding setahun lalu.

Bagaimanapun, kenaikan sebanyak 1 peratus itu lebih rendah daripada ramalan Bloomberg.

Pendapatan faedah bersih daripada pelbagai pinjaman yang diberikan bank itu, turun 1 peratus.

Sebaliknya pendapatan daripada yuran-yuran kad kredit dan pengurusan kekayaan, naik 18 peratus.

UOB adalah yang pertama dalam kalangan tiga bank utama Singapura melaporkan pendapatannya bagi tempoh suku kedua.
Sumber : Reuters/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan