Untung bersih UOB jatuh 4%, dipengaruhi keadaan pasaran yang mencabar
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP/Roslan RAHMAN
SINGAPURA: Bank United Overseas (UOB) pada Khamis (7 Mei) melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak empat peratus bagi suku pertama tahun ini.
Walaupun keputusan itu lebih baik daripada jangkaan penganalisis, ia mencerminkan kesan pasaran yang tidak menentu dan cabaran kadar faedah terhadap bank tersebut.
Bank ketiga terbesar di Asia Tenggara mengikut jumlah aset itu mencatatkan penurunan dalam semua segmen pendapatannya bagi tempoh Januari hingga Mac.
Namun, UOB tetap mengekalkan ramalan prestasi bagi keseluruhan tahun 2026 seperti yang diumumkan sebelum ini.
Pendapatan faedah bersih jatuh empat peratus berbanding tahun lalu disebabkan kadar faedah penanda aras yang lebih rendah.
Pendapatan yuran bersih pula merosot lapan peratus daripada rekod tertinggi tahun lalu.
Menurut UOB, ini disebabkan oleh aktiviti perbankan pelaburan dan pinjaman yang berkurangan kerana pelabur lebih berhati-hati dengan keadaan pasaran yang berisiko.
Pendapatan daripada perdagangan dan pelaburan yang lebih lemah turut menyebabkan pendapatan bukan faedah bank tersebut jatuh sebanyak 17 peratus dari tahun ke tahun.
Bagi suku tersebut, untung bersih bank merosot kepada S$1.44 bilion daripada S$1.49 bilion pada tahun sebelumnya.
Sekalipun demikian, jumlah itu masih mengatasi jangkaan purata penganalisis iaitu sekitar S$1.38 bilion.
"Walaupun ketidakpastian global masih tinggi, aktiviti perniagaan dalam segmen utama kami tetap bertahan, dengan momentum yang berterusan dalam akaun simpanan (CASA), pengurusan kekayaan, kad kredit, dan pinjaman," kata CEO UOB, Wee Ee Cheong dalam satu kenyataan.
Jidar faedah bersih, yang merupakan ukuran utama keuntungan bank, jatuh kepada 1.82 peratus pada suku pertama berbanding 2.00 peratus bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Dalam pada itu, pendapatan daripada segmen kekayaan meningkat enam peratus, manakala aset di bawah pengurusan bertambah 5 peratus kepada S$198 bilion.
Prestasi UOB ini menyusul selepas pesaingnya yang lebih besar, DBS Group, melaporkan keuntungan suku pertama yang lebih kukuh minggu lalu.
Di peringkat global, Standard Chartered juga mencatatkan kenaikan keuntungan 17 peratus, manakala HSBC melaporkan kerugian mengejut AS$400 juta berkaitan kejatuhan sebuah syarikat pemberi pinjaman gadai janji di Britain.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.