Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Untung bersih MAS merosot 51% kepada S$5.2 bilion

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak S$5.2 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac tahun ini, selepas sumbangan S$1.1 bilion ke dana bersepadu Pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
Untung bersih MAS merosot 51% kepada S$5.2 bilion

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 30 Jun 2021 05:06PM Dikemas Kini : 30 Jun 2021 05:10PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak S$5.2 bilion bagi tahun kewangan berakhir Mac tahun ini, selepas sumbangan S$1.1 bilion ke dana bersepadu Pemerintah.

Jumlah itu adalah 50.9 peratus lebih rendah berbanding prestasi yang dicatat pada tahun kewangan lalu sebanyak S10.6 bilion.

Separuh daripada keuntungan bersih bagi FY2020/21 yakni S$2.6 bilion akan dikembalikan kepada Pemerintah.

Bakinya akan disalurkan ke dalam rizab MAS, menurut bank pusat itu pada Rabu (31 Jun) dalam laporan tahunannya.

Pulangan daripada pelaburan yang diperolehi daripada rizab asing Singapura berjumlah S$8.2 bilion.

Ia termasuk keuntungan pelaburan sebanyak S$22.8 bilion yang sebahagian besarnya daripada pendapatan faedah dan keuntungan modal daripada penjualan aset.

Bagaimanapun jumlah tersebut diimbangi kesan pertukaran mata wang negatif berjumlah S$14.6 bilion akibat nilai dolar Singapura yang semakin kukuh berbanding dolar Amerika dan yen Jepun.

Jumlah perbelanjaan bank pusat itu sebanyak S$2.3 bilion termasuk S$1.9 bilion bagi pasaran wang dalam negeri dan operasi lainnya.

"Kadar faedah merosot pada tahun 2020 di tengah-tengah pelonggaran dasar kewangan global yang luar biasa oleh bank pusat untuk mengurangkan kesan ekonomi daripada pandemik COVID-19," kata MAS dalam laporan tersebut.

Setakat 31 Mac, jumlah modal dan rizab MAS mencecah S$47.5 bilion.

Dalamsidang media untuk mengumumkan laporan tahunan itu, pengarah urusan MAS, Ravi Menon berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 MAS dan bank pusat akan memperingati mercu bersejarah itu dengan menganjurkan pelbagai kegiatan.

"Saya dan rakan sekerja amat menyedari legasi yang telah kita warisi dan akan terus melakukan yang terbaik untuk Singapura," katanya.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan