Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Untung bersih Keppel Corp jatuh 72% susulan skandal rasuah Brazil

Keuntungan bersih tahun lalu mencapai S$217 juta, turun daripada S$784 juta pada 2016, kata syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Untung bersih Keppel Corp jatuh 72% susulan skandal rasuah Brazil

Kakitangan Keppel di limbungannya di Singapura. (Gambar fail: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 25 Jan 2018 10:45PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 10:54PM

SINGAPURA: Konglomerat Keppel Corp mencatatkan kejatuhan 72 peratus dalam keuntungan bersihnya bagi tahun kewangan 2017. Ini sebahagian besarnya disebabkan denda ke atas anak syarikatnya Keppel Offshore & Marine (KOM) dalam skandal rasuah di Brazil.

Keuntungan bersih tahun lalu mencapai S$217 juta, turun daripada S$784 juta pada 2016, kata syarikat itu.

"Huraian global yang dicapai oleh Keppel Offshore & Marine mengenai kesilapan yang lalu di Brazil menutup bab yang menyakitkan untuk Keppel - yang kami akui dan tangani dengan tegas. Ini bukan Keppel. Kami bukan hanya peduli mengenai keputusan, tetapi juga bagaimana ia diperolehi, "kata Ketua eksekutif Loh Chin Hua di taklimat untuk mengumumkan pendapatan penuh syarikat itu.

"Kami telah menyediakan kawalan pematuhan yang dipertingkat, termasuk latihan dan pensijilan komprehensif, untuk mengelakkan berulangnya salah laku seperti itu," kata Encik Loh. Ini termasuk kod tingkah laku yang dipertingkat dalam kumpulan syarikat itu, pengambilan kakitangan berpengalaman, platform pemantauan dan ujian pematuhan yang komprehensif dan juga dasar baru berkongsi maklumat dalam syarikat, kata Encik Loh.

Menurut laporan kewangan Keppel itu, keuntungan bersih mengambil kira denda sebanyak S$570 juta ke atas Keppel O & M hasil daripada huraian global dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Brazil dan Singapura, serta S$49 juta bagi membiayai kos guaman, perakaunan dan forensik.

Semasa sesi soal jawab, Encik Loh berkata denda sebanyak S$570 juta itu dibayar dalam dua fasa: 87.5 peratus menjelang separuh pertama tahun ini, dengan baki 12.5 peratus menjelang 2020.

Memberikan butiran butiran fasa pertama pembayaran, Encik Loh berkata 25 peratus denda dibayar pada bulan Januari, 12.5 peratus akan dibayar pada bulan Mac dan 50 peratus pada bulan Mei.

Bahagian lepas pantai dan marin Keppel mengalami kerugian bersih sebanyak S$835 juta bagi 2017, berbanding keuntungan bersih S$29 juta, pada 2016. Ini disebabkan terutamanya oleh kesan denda dan kos yang berkaitan, serta peruntukan tambahan S$81 juta bagi kerugian ke atas projek-projek Sete Brasil dan aset sebanyak AS$54 juta.

Penglibatan Keppel O&M dalam skandal rasuah antarabangsa terbongkar pada 23 Disember tahun lalu. Ini selepas Keppel Corp mengumumkan unit bangunan pelantar minyaknya akan membayar denda AS$ 422 juta sebagai sebahagian daripada huraian global dengan pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Brazil dan Singapura atas pembayaran rasuah yang dibuat oleh bekas ejen di Brazil.

Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan