Unjuran ekonomi Asia 'agak kukuh' meski pertumbuhan sejagat lemah, kata Ketua OECD

SINGAPURA: Unjuran ekonomi Asia bagi tahun ini dijangkakan "agak kukuh", kerana rantau ini mendapat manfaat daripada pembukaan semula China.
Ini meskipun ramalan pertumbuhan ekonomi sejagat merudum dan di tengah-tengah kemelut sektor perbankan, kata Ketua Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) Mathias Cormann pada Khamis (16 Mac).
"Unjuran kami bagi Asia adalah pertumbuhan dan pemulihan agak kukuh tertakluk kepada risiko yang merosot," kata Setiausaha Agung OECD.
"Pembukaan semula ekonomi China akan menyebabkan pertumbuhan lebih kukuh di China, sekali gus memberi kesan positif kepada seluruh Asia."
Beliau berkata demikian dalam rancangan berita di saluran CNA, Asia Tonight, semasa di Sidang Sektor Kewangan di Riyadh, Arab Saudi.
Walaupun ekonomi global dijangka kekal lemah berbanding sebelum pencerobohan Rusia di Ukraine, Encik Cormann berkata, pertumbuhan dijangka berterusan.
"Dunia terus membayar padah (perang), dari segi kesan ekonomi dan sosial," katanya.
"Walaupun demikian, kami menjangkakan ekonomi sejagat akan terus berkembang. Ramalan kami hari ini lebih cerah."
Analisis terkini forum dasar berpangkalan di Paris mengenai trend-trend dan ramalan ekonomi sejagat utama yang akan dikeluarkan pada Jumaat (17 Mac), lebih positif berbanding penilaiannya pada November tahun lalu, dedah Encik Cormann.
Ini meskipun terdapat keprihatinan mengenai kegagalan bank baru-baru ini di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.