Skip to main content

Kewangan

Unit kawal selia SGX perketat peraturan bagi juruaudit

Unit pengawal selia Bursa Singapura (SGX) menetapkan peraturan yang lebih ketat terhadap juruaudit dan penilai dalam urus niaga mereka bersama syarikat-syarikat yang tersenarai.

Anggaran Waktu Membaca:
Unit kawal selia SGX perketat peraturan bagi juruaudit

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 07:36PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 07:43PM

SINGAPURA: Unit pengawal selia Bursa Singapura (SGX) menetapkan peraturan yang lebih ketat terhadap juruaudit dan penilai dalam urus niaga mereka bersama syarikat-syarikat yang tersenarai.

Dalam satu kenyataan pada Selasa (12 Jan), SGX mengumumkan bahawa perubahan yang dijangka dapat meningkatkan mutu pasaran dan perlindungan pelabur itu akan berkuatkuasa bulan depan (12 Feb).

Kesemua firma dalam senarai utama SGX perlu melantik juruaudit yang berdaftar dengan Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA). 

Kecuali dalam keadaan tertentu, ACRA boleh melantik juruaudit kedua.

Bagi penilaian hartanah, para penilai mesti mempunyai pengalaman yang relevan sekurang-kurangnya selama lima tahun.

Penilai hartanah Singapura juga mesti menjadi anggota Institut Peninjau dan Penilai Singapura (SISV).

Semua penilaian hartanah tempatan perlu mematuhi piawaian SISV manakala penilaian hartanah luar negara perlu mematuhi piawaian sama atau Piawaian Penilaian Antarabangsa. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita