Uniqlo akan naikkan gaji pekerja di Jepun hingga 40%
Pemilik rangkaian fesyen Jepun, Uniqlo, akan menaikkan sehingga 40 peratus gaji kakitangannya di negara itu.
Gambar: Uniqlo Singapore
TOKYO: Pemilik rangkaian fesyen Jepun, Uniqlo, akan menaikkan sehingga 40 peratus gaji kakitangannya di negara itu.
Menurut Uniqlo, dasar gaji baru tersebut akan dikuatkuasakan ke atas para pekerja sepenuh masa di ibu pejabat dan kedai di seluruh Jepun mulai awal Mac, menurut nukilan Astro AWANI.
Minggu lalu, Perdana Menteri Jepun menyeru firma-firma dan syarikat-syarikat korporat supaya menaikkan gaji bagi membantu orang ramai yang bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.
Seruan itu dibuat ketika gaji di negara tersebut kekal tidak berubah walaupun inflasi meningkat pada kadar paling pantas dalam masa beberapa dekad, seperti dinukil Astro AWANI.
Menurut syarikat itu lagi, langkah tersebut adalah untuk memberi ganjaran kepada para pekerja dengan sewajarnya, di samping meningkatkan potensi pertumbuhan dan daya saing syarikat selaras dengan piawaian global.
Di bawah dasar baru itu, gaji bulanan graduan universiti akan dinaikkan dari ¥255,000 (S$2,576) kepada ¥300,000 (S$3,030) iaitu kenaikan hampir 18 peratus.
Pada masa yang sama, pengurus baru dalam tahun pertama atau kedua akan menyaksikan kenaikan gaji kira-kira 35 peratus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.