Uber tutup ibu pejabat Asia-Pasifik di S'pura, 120 pekerja terjejas
Sebagai sebahagian daripada usaha Uber untuk mengharungi kesan pandemik COVID-19, syarikat khidmat tempahan pengangkutan itu akan memindahkan ibu pejabat Asia Pasifiknya keluar dari Singapura, menjejas 120 pekerja tempatan.
(Gambar: Hannah Mckay/REUTERS)
SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada usaha Uber untuk mengharungi kesan pandemik COVID-19, syarikat khidmat tempahan pengangkutan itu akan memindahkan ibu pejabat Asia Pasifiknya keluar dari Singapura, menjejas 120 pekerja tempatan.
Pada Isnin (18 Mei), syarikat itu mengumumkan pihaknya akan memberhentikan 3,000 pekerja dan menutup 45 pejabat, termasuk di Singapura.
Keuntungan syarikat itu terjejas teruk oleh perintah duduk di rumah di tengah-tengah krisis kesihatan ini. Dalam satu emel kepada para pekerja, ketua eksekutif Dara Khosrowshahi berkata bahawa perniagaan tempahan pengangkutan Uber menjunam 80 peratus pada April.
Menurut emel tersebut, Encik Khosrowshahi berkata bahawa syarikat itu akan mula "menutup" pejabatnya di Singapura dan memindahkannya ke hab Asia Pasifik yang baru "dalam sebuah pasaran di mana kami menawarkan perkhidmatan".
Seorang jurucakap Uber memberitahu Mediacorp pada Selasa bahawa 120 pekerja akan terjejas, dan sebahagian dari mereka akan kehilangan pekerjaan.
Dalam emel berasingan yang dilihat oleh Mediacorp, Uber menyatakan sekumpulan pekerja khidmat kewangan akan kekal di Singapura, namun jawatan lain akan dipindahkan ke ibu pejabat baru "bergantung kepada keperluan".
Uber menarik diri dari pasaran Asia Tenggara pada Mac 2018, namun ia mengekalkan pejabatnya di Singapura di mana ia menjalankan operasi Asia Pasifiknya.
Pada April 2019, ia membuka pejabat di Fraser Towers di Tanjong Pagar dengan sekurang-kurangnya 165 pekerja ketika itu. Hab serantau itu berkhidmat bagi sembilan negara di Asia Pasifik, termasuk Australia, India dan Jepun, menurut satu kenyataan media.
Seorang lagi jurucakap Uber memberitahu Mediacorp bahawa perubahan pada Isnin menjejas pekerja di lebih 50 negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.