Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Uber akan perolehi Careem pada harga AS$3.1 bilion

Syarikat khidmat kereta sewa privet Uber dijangka memperolehi syarikat pesaingnya dari Timur Tengah, Careem pada harga AS$3.1 bilion (S$4.2 bilion). Demikian menurut laporan agensi berita kewangan Bloomberg pada Ahad (24 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Uber akan perolehi Careem pada harga AS$3.1 bilion

Uber dijangka membeli syarikat pesaing timur tengah Careem minggu ini. (Gambar: Rizwan TAbassum/AFP)

Diterbitkan : 25 Mar 2019 09:11AM Dikemas Kini : 25 Mar 2019 09:15AM

SAN FRANCISCO: Syarikat khidmat kereta sewa privet Uber dijangka memperolehi syarikat pesaingnya dari Timur Tengah, Careem pada harga AS$3.1 bilion (S$4.2 bilion). Demikian menurut laporan agensi berita kewangan Bloomberg pada Ahad (24 Mac).

Perjanjian itu dijangka diumumkan pada Selasa (26 Mac). Menurut laporan Bloomberg yang menukil beberapa sumber, Uber dijangka membayar AS$1.4 bilion (S$1.9 bilion) secara tunai manakala bakinya pula dibayar dalam bentuk mata wang yang boleh ditukar kepada saham Uber.

Pemerolehan itu dibuat sedang Uber bersedia untuk membuat tawaran awam awal yang dijangkakan pada bulan depan. Dengan itu, nilai syarikat tersebut mungkin meningkat kepada AS$100 bilion (S$135 bilion).

Careem, yang berpangkalan di Dubai, mempunyai lebih sejuta pemandu dan 30 juta pengguna di 90 bandar.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan